Penganugerahan sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021

SASTERAWAN Negara, Dri Siti Zainon Ismail menerima anugerah Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.

Beliau merupakan antara 81 individu yang menerima dianugerahkan tersebut.

Lain-lain penerima ialah Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Turut menerima PMW, Pengarah Belanjawan Negara, Datuk Johan Mahmood Merican; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAIWP), Datuk Mohd Ajib Ismail; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah dan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Prof Dr Shamrahayu Ab Aziz.

PMW turut dianugerahkan kepada Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPN), Datuk Wan Saiful Wan Jan, bekas jaguh badminton negara, Datuk Abd Rashid Mohd Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit serta Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan penulis lirik serta skrip terkenal, Datuk Habsah Hassan.

Presiden dan Ahli-ahli Majlis PAPTI merakamkan ucapan tahniah kepada Sasterawan Negara Dr Siti Zainon Ismail atas penganugerahan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Syabas, tahniah & selamat maju jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *