MOHD SADAD (tiga dari kanan) bersama ahli-ahli yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Golf PAPTI baru-baru ini.

SAUDARA Mohd. Sadad Mahmud (tiga dari kanan) mengungguli pertandingan golf PAPTI yang berlangsung di Danau Golf Club, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada 1 Ogos lalu.

Seramai lapan peserta mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan sebagai permulaan bagi Biro Sukan dan Rekreasi PAPTI yang diketuai oleh Drs. Onn Mohd. Yusoff melaksanakan aktiviti lain selepas ini.

Turut serta pada pertandingan tersebut ialah Dato’ Dr. Muhammad Yahaya, Ir. Shahlan Shahudin, Sdr. Mahat Ibrahim, Sdr. Arham Salam, Dr. Jamaludin dan Dr. Mokhtar Abu Bakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *