INSYA-ALLAH seluruh umat Islam akan meraikan kedatangan 1 Syawal esok dan buat pertama kali dalam sejarah, sambutan Hari Raya Aidilfitri kali dalam norma baharu di mana kita semua tidak dibenarkan pulang kampung merentas negeri untuk berhari raya.

Malahan seluruh masyarakat juga diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang perayaan antaranya tidak mengadakan kunjung-mengunjung secara beramai-ramai dalam satu masa, tiada rumah terbuka dan sentiasa menjaga jarak.

Selain itu, kita juga dikehendaki mematuhi pemakaian penutup hidung dan mulut, sentiasa mencuci tangan serta menjaga kebersihan. Ini semua bagi menghalang penyebaran pendemik COVID-19 yang sehingga kini masih ada kes-kes penularannya.

Justeru, saya menggesa semua ahli-ahli PAPTI dan alumni Malaysia di Indonesia dapat mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kita yang lain.

Janganlah kita bersikap mementingkan diri sehingga mengabaikan kesihatan dan nyawa orang lain dan janganlah kita sesekali memandang rendah dengan pendemik COVID-19 kerana terbukti sehingga kini telah mengorbankan hampir sejuta nyawa di seluruh dunia.

Sesungguhnya ini adalah ujian dari ALLAH dan kita semua perlu redha dan akur dengan arahan yang dikeluarkan. Sambutlah perayaan ini dengan normal baharu dan nescaya akan ada hikmah di sebalik semua ini.

Lagi pula teknologi telekomunikasi telah berkembang maju. Hubungan kekeluargaan akan kekal terjalin menerusi panggilan video atau panggilan telefon menggunakan telefon bimbit. Jadi tiada alasan untuk kita melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikeluarkan.

Jadi, marilah kita sambut hari kemenangan ini dengan sihat dan selamat di rumah bersama ahli keluarga masing-masing.

Akhir kata saya dan seluruh Ahli Majlis PAPTI mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua. Terima kasih

LUKMAN ISMAIL
Presiden
Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *