Berikut senarai penerima anugerah PAPTI sempena malam Himpunan Alumni Indonesia 2015 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 5 Disember 2015 lalu.

ANUGERAH JASAMU DIKENANG:
Anugerah diberikan kepada para pengasas PAPTI dan mantan-mantan presiden yang telah banyak menyumbang jasa kepada persatuan ini.

PROF EMERITUS DATUK ABU BAKAR BIN ABD HAMID – Presiden 1982-1985
PROF DR SABERI BIN OTHMAN – Presiden 1995-2005
PROF MADYA DR ISMAIL BIN ABDULLAH – Presiden 2005-2009

Lain-lain penerima ialah Allahyarham Tan Sri Mohamed bin Rahmat (Presiden 1975-1982), Datuk Mohd Noor bin Yusof (Pengerusi Penaja 1975) dan Dr Shamsul Bahar bin Abdul Kadir (Presiden 1985-1995 dan 2009-2013).

ANUGERAH IKON PAPTI 2015:
Anugerah ini diberikan kepada alumni generasi muda yang mencipta nama di luar bidang keilmuan mereka serta menjadi idola kepada masyarakat. Tiga alumni dipilih kali ini.

DR MOHD LUTFI BIN LOKMAN – Aktivis masyarakat
DR MOHD RIZAL BIN ABDUL RAHMAN – Ahli Parlimen Belia
DR FATIN LIYANA BINTI ASRI – Blogger

ANUGERAH TOKOH PAPTI 2015:
Anugerah diberikan kepada lulusan Indonesia yang mencipta nama besar dalam bidang masing-masing dan telah banyak menyumbang kepada agama dan negara serta mencipta nama di peringkat global.

PROF EMERITUS TAN SRI DR MOHAMED SALLEH BIN MOHAMED YASIN – Mantan Naib Canselor UKM dan Manipal International University  menerima anugerah Tokoh PAPTI (Akademik)
DATO IR ABDUL HAK BIN MD AMIN – Pengarah Urusan EA Technique Berhad menerima anugerah Tokoh PAPTI (Korporat) 
PROF DR ABDUL KARIM BIN TAJUDDIN – Pakar forensik tempatan pertama menerima anugerah Tokoh PAPTI (Perubatan)
PROF DR ZHARI BIN ISMAIL – Pensyarah USM dan banyak terlibat dalam halal industri menerima anugerah Tokoh PAPTI (Sains)
PROF DR SITI ZAINON BINTI ISMAIL – Penulis sastera dan pelukis menerima anugerah Tokoh PAPTI (Kebudayaan)

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *