Siapa yang layak menjadi Ahli PAPTI?

Semua warganegara atau mereka yang memiliki kerakyatan Malaysia dan lulus atau pernah belajar di mana-mana universiti di Indonesia adalah layak untuk menganggotai persatuan ini.

Untuk menjadi Ahli Biasa, ada perlu menjelaskan yuran keahlian sebanyak RM50.00 sekali seumur hidup (tiada yuran tahunan). Bagi mereka yang membayar yuran RM110.00 dan ke atas, mereka layak menjadi Ahli Seumur Hidup.

Apakah mahasiswa yang sedang belajar di Indonesia layak menjadi Ahli PAPTI?

Ya, mahasiswa yang masih belum menamatkan pengajian layak menjadi Ahli Bersekutu PAPTI dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja).

Mereka boleh memohon menjadi Ahli Biasa sejurus selepas tamat pengajian dengan hanya membayar yuran keahlian sebanyak RM40.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Sahaja)

Apakah yuran keahlian wajib dibayar setiap tahun?

Yuran Keahlian adalah WAJIB tetapi bayaran hanya dibuat sekali seumur hidup dan melayakkan anda dipilih dan memilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa PAPTI.