P

PAPTI

Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesian atau ringkasnya PAPTI sebuah pertubuhan berdaftar yang diilham pada tahun 1970-an oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang baru menamatkan pengajian mereka di universiti-universiti di Indonesia.

Mesyuarat penubuhan PAPTI diadakan pada 29 November 1975 dan dirasmikan oleh YAB Tun (Dato') Dr Mahatir bin Mohamad merangkap Menteri Pelajaran semasa itu dan disahkan pendaftarannya pada 11 November 1976.

PAPTI merupakan satu-satunya persatuan yang menjadi wadah dan memayungi seluruh alumni Indonesia di semua wilayah negara itu, dari Acheh sehingga ke Palembang, dari Jakarta ke Bali dan dari Makassar sehingga ke Menado.

Asas penubuhan PAPTI adalah untuk memperjuangkan cita-cita bagi nasional menegakkan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara iaitu Malaysia; mengeratkan hubungan antara negara terutama dengan negara jiran, demi kesejahteraan dan perdamaian manusia sejagat; dan untuk mempertahankan hak dan kebebasan individu sesuai dengan Perlembagaan negara di bawah sistem demokrasi berparlimen dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Anda rakyat Malaysia lulusan Indonesia?

Jadilah sebahagian daripada kami... Sertailah PAPTI!

Berita

Aktiviti

Tokoh-tokoh

LULUSAN Indonesia telah melahirkan ramai tokoh dalam pelbagai bidang baik politik, perkhidmatan awam, korporat, perubatan, sosio budaya, akademik dan lain-lain, yang jika mahu disenaraikan ia terlalu panjang. Ini sekali gus membuktikan bahawa lepasan universiti Indonesia tidak kalah hebat berbanding alumni...