Sdr Lukman Ismail mempengerusikan mesyuarat pertama Ahl Majlis PAPTI sesi 2017/2019 di Serdang, Ahad lepas.

SERDANG: Presiden Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI), Sdr Lukman Ismail baru-baru ini telah mengumumkan barisan biro-biro persatuan itu bagi sesi 2017-2019.

Pengumuman itu dibuat pada mesyuarat pertama Majlis PAPTI bagi sesi 2017-2019 yang diadakan di sini pada 10 September lalu.

Pada mesyuarat tersebut, Prof Madya Dr Ismail Abdullah telah dinamakan sebagai Pengerusi Biro Latihan & Akademik PAPTI manakala Ir Onn Mohd Yusof yang sebelum ini lama menerajui Biro Sukan & Rekreasi dilantik mempengerusikan Biro Tugas-tugas Khas.

“Sebagai Ahli Majlis yang senior dan cukup lama berada dalam kepimpinan PAPTI, saya yakin mereka mampu menggalas tugas-tugas yang diberikan, terutama dalam usaha PAPTI untuk kembali menjadi pengendali kursus persediaan pelajar ke Indonesia di samping penganjuran seminar dan persidangan,” kata Presiden PAPTI.

Sementara itu, bagi mendekatkan PAPTI dengan masyarakat, Presiden turut mengumumkan penubuhan Biro Kesukarelawan dan Kemasyarakatan yang diketuai oleh Sdr Mohd Safian Abdul Rahman.

Katanya, jika tahun lalu PAPTI telah menghantar pasukan sukarelawan membantu mangsa gempa di Aceh, beliau berharap selepas ini lebih banyak program-program masyarakat dapat dilaksanakan.

“Kali ini kita buat perubahan pada biro-biro yang pemilihan berdasarkan kepakaran dan kebolehan setiap Ahli Majlis dalam hal-hal berkaitan,” katanya.

Senarai penuh biro-biro adalah seperti berikut:

Sdr Lukman Ismail – Presiden
Dato Abdul Latiff Awang – Timbalan Presiden
Dr Junaini Kasdan – Setiausaha Agung
Dr Ahmad Nabieh Abqory Rahmat – Penolong Setiausaha Agung & Editor Media Sosial
Dr Dasrilsyah Shahrial – Bendahari Agung
Prof Madya Dr Ismail Abdullah – Biro Latihan & Akademik
Ir Onn Mohd Yusof – Biro Tugas-tugas Khas
Sdr Muhammad Nasaruddin Ab Rais – Biro Hubungan Antarabangsa
Dr Mohd Sadad Mahmud – Biro Sukan & Rekreasi
Drs Md Afandi Awang – Biro Keahlian & Kebajikan
Tuan Ismail Tuan Abdullah – Biro Dakwah & Agama
Sdr Mohd Safian Abdul Rahman – Biro Kesukarelawan & Kemasyarakatan
Pn Salmah Ismail – Biro Hal Ehwal Wanita
Dr Mohd Zailani Abd Shariff – Biro Hal Ehwal Belia & Mahasiswa
Dato Irwan Japar – Biro Ekonomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *